Piagam Pelanggan

Kami staf Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim beriltizam dan akan beristiqamah untuk memberi

Pendidikan dan Keperluan khas

  • Memberi peluang yang sama kepada setiap pelajar untuk mendapat pendidikan yang terbaik.

  • Menyediakan staf yang mencukupi, berdedikasi, berdisiplin, bertanggungjawab, komited dan produktif.

  • Memastikan kemudahan-kemudahan berikut berada pada tahap yang optimum:

  1. Peralatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran

  2. Biasiswa dan bantuan-bantuan lain, dan

  3. Pinjaman buku-buku teks

  • Mengamal dan menanamkan sikap patriotik, penyayang, adil, prihatin selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

  • Memastikan Sains dan Teknologi merentasi kurikulum semua peringkat mata pelajaran.

     

Keluaran / Perkhidmatan

  • Pendaftaran pelajar-pelajar baru diselenggarakan 1 hari selepas menerima arahan Kementerian Pelajaran Malaysia.

  • Pertukaran pelajar akan diuruskan selewat-lewatnya 2 hari selepas permohonan dibuat.

  • Respons terhadap surat-surat akan dibuat 1 hari selepas penerimaan

  • Baucer pembayaran akan disediakan seminggu selepas peruntukan diterima.

  • Pembayaran biasiswa akan dibuat 3 hari selepas peruntukan diterima.

  • Keputusan ujian akan disiapkan 3 minggu selepas tamat ujian.

     

Matlamat SMSAH

Di samping berusaha mencapai matlamat penubuhan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), SMSAH juga melaksanakan aktiviti ke arah:

  • Memupuk minat belajar yang tinggi dan berkekalan di kalangan pelajar

  • Melahirkan semangat suka berlumba-lumba bagi mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum

  • Menimbulkan kesedaran bahawa pelajar adalah aset yang paling berharga negara dan dengan demikian perlu dibangunkan secara terancang bagi melahirkan insan yang dapat memenuhi aspirasi agama, bangsa dan negara

  • Menanam nilai-nilai teras SBP dalam diri pelajar

  • Melahirkan golongan masyarakat yang mempunyai daya kepemimpinan yang tinggi

  • Menghayati budaya penyayang menerusi wadah pendidikan