Falsafah

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

Kementerian Pendidikan Malaysia

Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara

Tema

Merealisasikan Transformasi Pendidikan Negara

Matlamat

Melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, berketrampilan, taat setia, bersatu padu dan sejahtera bagi memenuhi keperluan dan kehendak negara.

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Kecemerlangan

Visi

Peneraju Pendidikan Bertaraf Dunia

Misi

Menggerakkan Dan Memastikan Perkhidmatan Profesionalisme Dan Pengurusan Pendidikan Bertaraf Dunia Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Falsafah SBP

Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar yang berpotensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.

Visi SBP

Melahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia

Misi SBP

Sekolah Berasrama Penuh sebagai wadah terbaik dalam sistem pendidikan negara yang berkemampuan membina insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemampuan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknorat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi dan tuntutan agama, bangsa dan negara dalam abad ke-21.

Matlamat SBP

  1. Mewujudkan peluang untuk pelajar-pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan luar bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif.

  2. Memperbanyakkan pelajar Bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.

  3. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat.

  4. Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia.

  5. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemampuan sahsiah yang mampu melalui alam remaja.

  6. Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SBP supaya dapat menghayati matlamat alam remaja.

  7. Mewujudkan warga SBP yang mengamalkan budaya penyayang.

  8. Melahirkan kejituan semangat patriotismedi kalangan pelajar SBP.

  9. Menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguruskan kerja-kerja dengan cekap, pantas, tepat dan bijaksana.

  10. Menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi mewujudkan tuntutan wawasan 2020.

 

Nilai-Nilai Teras SBP

  • Berpegang teguh pada agama

  • Berfikir

  • Berani

  • Sentiasa mengejar kecemerlangan

  • Berilmu

  • Rajin

  • Ikram

  • Berbakti

 

Objektif Am SBP

Mengadakan pelajaran peringkat menengah kepada pelajar-pelajar, terutamanya dari luar bandar, secara berkesan dan dengan kemudahan-kemudahan yang cukup untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di samping memahami tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Objektif Khas SBP

  1. Memberikan pelajaran dan pendidikan yang bermutu kepada pelajar-pelajar dan mencuba sedaya upaya mencapai satu tahap yang tinggi dalam peperiksaan yang dihadapi oleh mereka.

  2. Melahirkan pelajar-pelajar yang bukan sahaja berpelajaran tetapi juga cergas, berkecekapan, berfikir dan bekerja, berdisiplin dan bersopan santun, berfikiran waras dan bertanggungjawab dan pelajar-pelajar yang mempunyai sifat taat setia kepada ketua, guru-guru, ibu bapa, agama, bangsa dan negara

  3. Memperbanyakkan pelajar-pelajar Bumiputera mengikuti pelajaran jurusan Sains

  4. Melahirkan pelajar-pelajar yang boleh menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan memahami satu bahasa lain seperti Bahasa Arab, Bahasa Jepun, Bahasa Jerman dan lain-lain.

 

Visi Sekolah

SMSAH Menjadi Institusi Unggul Dalam Melestarikan Pendidikan Bertaraf Dunia

Misi Sekolah

Melahirkan Insan Cemerlang Dan Berketerampilan Dalam Pelbagai Disiplin Ilmu Serta Memiliki Sahsiah Terpuji

Moto Sekolah

Belajar dan Berbakti

Kurikulum

  • Pencapaian akademik yang cemerlang dalam semua pemilaian khusunya peperiksaan PMR dan SPM.

  • Bersaing untuk mencapai kecemerlangan akademik.

  • Sentiasa berusaha menimba ilmu.

  • Berupaya mengaplikasikan segala bentuk teknologi.

  • Berusaha meningkatkan kualiti pendidikan.

 

Kokurikulum

  • Daya kepimpinan yang tinggi.

  • Kritis dan kreatif.

  • Kecemerlangan dalam gerakerja kokurikulum.

  • Pencapaian kesukanan yang tinggi.

 

Sahsiah

  • Taat kepada perintah Tuhan.

  • Berkeperibadian yang tinggi.

  • Berdikari, tabah dan cekal menghadapi cabaran.

  • Tekun, aktif, berani, optimistik dan menepati masa.

  • Setia kepada negara.

  • Berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Hala Tuju Pendidikan SMSAH

Kami Guru-guru Berikrar Mendidik Pelajar-pelajar Kami Ke Arah …

  • Kecemerlangan Akademik Dan Emosi

  • Mempunyai Sahsiah Yang Mantap Dan Terpuji

  • Sikap Kepimpinan Yang Dinamik Dan Disenangi

  • Kejituan Semangat Patriotisme

  • Keupayaan Rohani Yang Seimbang Untuk Kecemerlangan Di Dunia Dan Kebahagiaan Di Akhirat

  • Amalan-amalan Terbaik