SMSAH ONLINE Portal Rasmi Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim 06009, Jitra, Kedah.
Iklan
Peperiksaan Menegah Rendah 2009
On 24th December 2009, SMSAH once again had achieved the best performance during recent Penilaian Menengah Rendah 2009 by got the first place in Kedah. Tabdil Jayyid Generation got 90 all A's from 122, mean that 72% of the candidates got the excellent results. Moreover, this result is the best ever SMSAH had produced. Among subjects that SMSAH got 100% A is Bahasa Melayu, Mathematics and both KHB subjects. Congratulation to all Tabdil Jayyids for excel in their PMR and those who did not achieved 8As it is okay as long as we optimist to be great in the future.
11 Jan 2010. Warga Smsah mengucapkan selamat datang ke Smsah kepada pelajar pelajar baru tingkatan 1 2010. Anda merupakan pelajar yang paling bertuah kerana berjaya melayakkan diri menjadi warga sekolah kepada sekolah yang mendapat tempat pertama di Kedah berdasarkan keputusan PMR 2009 lalu.
Pada 9, 10 dan 11 NOvember 2009, telah diadakan Kem Pemantapan Jati Diri Maximus Generation 0610 di Teluk Nipah, Sungai Petani, Kedah. Kem ini disertai oleh semua pelajar Maximus dan guru-guru SMSAH termasuk Tuan Pengetua sendiri serta PK HEM. Ustaz Asri pulah telah diamanatkan sebagai Kem Komander dan dibantu oleh Ustaz Zawizaz. Kem ini bertujuan memantapkan lagi jati diri peserta kem serta mengasah bakat kepimpinan. Kem ini juga sebagai salah satu titik tolak perubahan SMSAH yang Tuan Pengetua idam-idamkan pada tahun hadapan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti indoor seperti ceramah motivasi, tazkirah dan kaunseling. Aktiviti outdoor yang dijalankan pula ialah berkayak dan jungle trekking selain kawat yang diperkenalkan khas oleh Tuan Pengetua. Kem ini sememangnya banyak memberi pengalaman dan pengajaran kepada semua peserta kem. Terima kasih daripada semua pelajar Maximus kepada guru-guru kerana sudi menganjurkan kem ini serta memberi pedoman dan tunjuk ajar sepanjang kami disana.
Pada 15 November 2009, telah diadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun 2009 di Dataran Ilmu, Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim. Jamuan ini dianjurkan oleh guru-guru SMSAH dan dibantu oleh semua Ahli Majlis Pelajar Pentadbor Sekolah Tingkatan 4 serta pelajar tingkatan 4. Jamuan ini diadakan khas untuk menghargai semua pelajar tingkatan 5 yang bakal meningggalkan sekolah pada hujung tahun ini. Pelbagai persembahan telah diadakan antaranya persembahan wind orchestra, band-band sekolah dan persembahan video dari pelajar tingkatan 4 dan 5. Semua guru dan pelajar turut menikmati makanan yang sedap lagi enak yang dihidangkan. Selesai makan, majlis penyampaian anugerah dijalankan. Antara anugerah yang diumumkan ialah pelajar yang paling banyak menyumbangkan markah kepada rumah iaitu Muhammad Ariffudin dan Syaza Wazir. Sukan yang paling menyinar pada tahun ini pula dimenangi oleh pasukan bola sepak bawah 14 tahun. Rumah Pendeta pula mengungguli dalam pertandingan sistem rumah bagi tahun ini dan diikuti rapat oleh rumah Andeka. Tahniah kepada semua pemenang dan diharap pada tahun depan, akan muncul saingan baru dalam merebuti tempat pertama sistem rumah.
Pertandingan Bola Sepak B-14 Peringat SBP Zon Utara
Pada 9-11 Oktober yang lepas, SMSAH telah menghantar pasukan bola sepak bawah 14 tahun untuk menyertai Pertandingan Bola Sepak B-14 Peringat SBP Zon Utara. Pertandingan tersebut berlangsung di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan. Alhamdulillah, pasukan SMSAH berjaya menjadi johan buat tahun kedua berturut-turut selepas mengalahkan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra dengan jaringan 2 berbalas 1
Mulai SPM tahun ini, gred SPM telah diubah Kementerian Pelajaran Malaysia. Gred-gred baru ialah A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E, dan G. Gred baru itu akan menggantikan gred lama iaitu 1A, 2A, 3B, 4B, 5C, 6C, 7D, 8E dan 9G. Sumber: Berita Harian.
Dari 5 Ogos 18 Ogos 2009, pelajar-pelajar tingkatan 5 Zealous Gen akan mengambil peperiksaan percubaan SPM selaras SBP. Diharap kepada semua calon berjaya menjawab peperiksaan dengan baik. Good luck!
Sekali lagi SMSAH didatangi para pelajar sekolah harian yang ingin mencuba belajar di sini. Jika beberapa minggu lepas, seramai 40 orang pelajar tingkatan 5 SMK Langgar berpeluang untuk belajar di Jenan selama sehari, kali ini 18 orang pelajar lelaki tingkatan 3 SMK Tengku Bendahara pula. Mereka diberi peluang untuk mencuba kehidupan seharian di SBP selama seminggu. Selain itu, mereka juga diberikan peluang untuk belajar bersama dengan pelajar tingkatan 3 SMSAH dan diberikan pendedahan serba sedikit tentang cara pembelajaran di SMSAH.
Pihak Briged Bestari SMSAH telah membuat satu laman web khas untuk Briged Bestari. Laman web ini masih dalam pembinaan. Anda boleh layari di http://www.bbestari.smsah.edu.my/news.php
Pada 4 Julai yang lepas, pasukan debat BI SMSAH berangkat ke PICC, Putrajaya untuk bertanding di final Debat Bahasa Inggeris Piala Perdana Menteri. Pasukan debat yang terdiri daripada saudara Luqman Harith bin Saifuddin, Mohd Dell Hakim bin Zulbahari, Nur Adilah binti Ramli dan Amira Athira binti Azman berjaya layak ke final setelah memenangi separuh akhir semasa HKSBP yang lepas. Semasa final, pasukan debat bertemu dengan pasukan dari Sekolah Seri Puteri. Setelah berhempas pulas berdebat, akhirnya keputusan diumumkan. Walaupun pasukan SMSAH disokong hebat oleh para guru dan pelajar, namun pasukan SMSAH tewas kepada pasukan SSP. Walaupun begitu, tahniah diucapkan kepada mereka kerana berjaya menjejaki final setelah 29 tahun menunggu.
Pada 24 Jun yang lepas, seramai 42 orang pelajar tingkatan 5 SMK Langgar telah datang ke SMSAH untuk merasai suasana pembelajaran di SBP. Mereka tiba di SMSAH kira-kira jam 8.30 pagi. Para pelajar terlebih dahulu diberi taklimat oleh Ustazah Solehah sebelum dibawa ke kelas-kelas Tingkatan 5. Selepas tamat waktu persekolahan, mereka diberi peluang untuk merasai makanan di dewan makan SMSAH. Kira-kira jam 4.30 petang, mereka pulang ke sekolah mereka.