|
Ikrar Pelajar
Kami pelajar-pelajar SMSAH berikrar:
Akan patuh pada suruhan
agama kami
Patuh pada undang-undang
sekolah kami
Mentaati ibu bapa
guru-guru yang mendidik kami,
Menghormati kakitangan
sekolah, orang yang lebih tua
dan rakan-rakan seperjuangan
kami
Sebagai pelajar terpilih
Kami berjanji
Akan bersungguh-sungguh
menuntut ilmu
demi mencapai kecemerlangan
akademik
Aktif dalam kokurikulum
untuk membina kepimpinan
keyakinan diri
dan sahsiah terpuji.
Kami akan melaksanakan
amanah yang diberi
Kami juga akan memelihara jati diri
Demi mengembalikan
kecemerlangan SMSAH. |