|
Objektif SMSAH Disamping berusa
Objektif SMSAH
Disamping berusaha mencapai objektif penubuhan SBP, SMSAH juga melaksanakan
aktiviti ke arah:
Memupuk minat belajar
yang tiggi dan berkekalan di kalangan pelajar.
Melahirkan semangat suka
berlumba-lumba bagi mencapai kecemerlangan
akademik dalam kokorikulum
Menimbulkan kesedaran
bahawa pelajar adalah aset yang paling berharga
kepada negara dan demikian perlu dibangunkan secara terancang bagi
melahirkan insan yang dapat memenuhi aspirasi agama, bangsa dan negara
Menanam nilai-nilai teras
SBP dalam diri pelajar.
Melahirkan golongan
masyarakat yang mempunyai daya kepemimpinan
yang tinggi.
Menghayati budaya
penyayang menerusi wadah pendidikan.
Piagam Pelanggan
PENDIDIKAN DAN KEPERLUAN KHAS
Memberi peluang yang sama
kepada setiap pelajar untuk
mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya.
Menyediakan staf yang
mencukupi, berdedikasi, berdisiplin,
bertanggungjawab, komited dan produktif.
Memastikan sekolah
sentiasa peka dan responsif kepada
kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan pelanggan,
guru, masyarakat dan negara.
Memastikan
kemudahan-kemudahan berikut berada pada
tahap yang optima:
i. Peralatan dan bahan pengajaran serta pembelajaran.
ii. Biasiswa dan bantuan-bantuan lain.
iii.Pinjaman buku-buku teks.
Memastikan sains dan
teknologi merentasi kurikulum semua
peringkat mata pelajaran.
KELUARAN/PERKHIDMATAN
Pendaftaran
pelajar-pelajar baru akan diselenggarakan dua
minggu selepas menerima arahan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pertukaran pelajar akan
diselenggarakan seminggu selepas
permohonan dibuat.
Responsif terhadap
surat-surat akan dibuat dua minggu selepas penerimaan.
Baucer pembayaran akan
disediakan seminggu selepas
peruntukan diterima.
Pembayaran biasisiwa akan
dibuat seminggu selepas peruntukan diterima.
Keputusan ujian akan
disiapkan tiga minggu selepas tamat ujian.
|