PELANCARAN DAN PELANTIKAN TUNAS GURU MUDA TINGKATAN 1,2 DAN 3 TAHUN 2021

Pelancaran Program Tunas Guru SMSAH khusus bagi Menengah Rendah (tingkatan 1, 2 dan 3) telah disempurnakan dengan jayanya oleh Tuan Pengetua En Zuraisham bin Che Azmi pada minggu ini. Program yang akan bermula pada 8 Ogos 2021 ini akan berkolaborasi dengan aktiviti-aktiviti seperti KBK (Kawan Bestarikan Kawan) dan Masteri, selaras dengan waktu yang telah dijadualkan. Syabas dan tahniah kepada semua guru dan pelajar atas komitmen tinggi yang ditunjukkan.

DIALOG PRESTASI AKADEMIK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 2021

Tarikh : 4 Ogos 2021 [Rabu]

Masa : Jam 3.00 petang hingga 5.30 petang

Sasaran : Semua Pelajar dan Guru Tingkatan 5 SPM 2021

Dialog prestasi telah dijalankan bersama Pengetua SM Sultan Abdul Halim.

Objektif utama bagi Dialog Prestasi Akademik ini bagi membincangkan kedudukan Headcount para pelajar dan mencari solusi terbaik dalam meningkatkan prestasi menuju Peperiksaan Percubaan SPM kelak.

Semoga kejayaan milik anak-anak Eminence 1721.