PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK)

Makluman kepada semua calon PKSK SM Sultan Abdul Halim.
Sila ambil maklum perkara-perkara berikut :-
PKSK Sesi 1
Waktu Pendaftaran : 7.30 am – 8.00 am
Waktu Taklimat : 8.00 am
Ujian Tamat : 10.45 am
PKSK Sesi 2
Waktu Pendaftaran : 9.30 am – 10.00 am
Waktu Taklimat : 10.00 am
Ujian Tamat : 12.45 pm
PKSK Sesi 3
Waktu Pendaftaran : 1.30 pm – 2.00 pm
Waktu Taklimat : 2.00 pm
Ujian Tamat : 4.45 pm
Beberapa makluman penting :-
1. Tarikh ujian di SM Sultan Abdul Halim bagi kemasukan ke Tingkatan 1 adalah pada 12 hingga 20 Oktober 2020 sahaja
2. Pakaian adalah pakaian sekolah.
3. Bawa bersama kad pengenalan atau sijil kelahiran dan slip menduduki ujian yang telah dicetak.
4. Alat tulis dan kalkulator dibenarkan dibawa ke bilik ujian.
5. Telefon bimbit dan sebarang peranti elektronik (selain kalkulator) adalah tidak dibenarkan untuk dibawa ke bilik ujian.
6. Terdapat 3 sesi ujian pada setiap hari. Mohon patuhi masa yang telah ditetapkan pada slip peperiksaan anda. Kegagalan anda mematuhi masa, akan menimbulkan masalah kepada diri anda sendiri.
7. Calon yang bergejala atau dalam kuarantin tidak dibenarkan menduduki ujian, sebaliknya akan ditetapkan masa ujian pada tarikh yang lain. Namun, sila maklumkan untuk tindakan lanjut.
8. Calon yang lewat tidak akan dibenarkan masuk ke bilik ujian pada waktu tersebut, sebaliknya perlu menunggu kekosongan pada slot berikutnya, jika terdapat kekosongan.
Berikut merupakan S.O.P yang perlu dipatuhi oleh waris semasa menghantar dan mengambil murid :
a. Wajib memakai pelitup muka
b. Waris dan murid berhenti di Pondok Pengawal untuk pemeriksaan suhu.
c. Waris menurunkan murid di hadapan Dewan Jenan
d. Waris diminta meninggalkan kawasan sekolah dan datang semula selepas sesi tamat [rujuk slip calon].
e. Waris perlu mengulang langkah a dan b semasa masuk semula ke kawasan sekolah untuk mengambil murid.
Harap maklum dan terima kasih.